Cara Solat Taubat
Cara Solat Taubat |
Cara Solat Taubat. Cara Solat Taubat ini berguna untuk anda yang belum tahu Cara Solat Taubat. Cara solat taubat ini berguna untuk anda sebagai seorang muslim sekiranya ada melakukan Dosa Besar ataupun Dosa Kecil. Cara Solat taubat ini saya ambil dari sumber yang baik. Semoga Cara Solat Taubat ini berguna untuk anda yang mahu bertaubat dari melakukan Dosa besar ataupun Dosa Kecil. Semoga dengan Solat Taubat hati anda akan lebih tenang dan diampun kan oleh Allah SWT dari Dosa Kecil Mahupun dosa besar. Yang hati anda Ikhlas bertaubat. Jadi pelajari Cara Solat Taubat Sebaik mungkin.
Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan
dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya
bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu
dan ingin kembali semula ke jalan Allah SWT (bertaubat).
1. Niat Solat Taubat
“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:
a.
Aku
memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah,
Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat
kepadaNya.
b.
Daku
memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan
Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku
taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan
dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta
tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
c. Baca 3 Kali Penghulu Istighfar:
“Ya,
Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang
menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu
dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat
mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan.
Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan
aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada
yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
5. Doa Solat Taubat
Tidak
ada bacaan doa khusus selain dari istighfar selepas solat. Berdoa
memohon ampun daripada Allah swt. Boleh jadikan Penghulu Istighfar
sebagai doa. Anda boleh rujuk sini untuk Doa Solat Taubat.
6. Masa Solat Taubat
Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.
7. Fadhilat Solat Taubat
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
Sekian entri Cara Solat Taubat. Semoga berguna untuk anda yang mencari Cara Solat Taubat.
0 comments:
Post a Comment
Komen untuk tinggalkan Jejak Anda